Posted by EAMP1A on 20:44
MEMERAHKAN BIBIR
Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
MENGEMBALIKAN SERI MUKA SELEPAS BERSALIN
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
MENGHILANGKAN LEBAM MATA
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
MENAIKKAN SERI MUKA
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan...
Posted by EAMP1A on 20:43
MENYERIKAN WAJAH
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.
MENEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering...
Posted by EAMP1A on 20:06
1. SUARA SERAK* Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulutbeberapa kali atau * Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya laluditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnyadan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau *Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itucampurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam petisejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak ituhilang. 2 . BATUK/LELAH/SEMPUT* Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambilairnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau * Ambildaun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau...
Posted by EAMP1A on 20:03
Petua Kesihatan
SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA* Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembuasli atau * Makanlah bawang besar berserta yogurt putih, ianyamempercepatkan lena. 2 . MENURUNKAN DARAH TINGGI* Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau * Minumlahair rebusan daun Pokok Ati-ati atau * Makanlah biji buah Peria atau *Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau * Minumlah air rebusan PokokDukung Anak atau * Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dantaugeh hendaklah sama nisbahnya atau * Rebus daun pandan wangisecukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelassahaja. Minum setiap pagi dan petang atau * Makanlah 3 ulas bawang putihmentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau * Parutkan...
Posted by EAMP1A on 17:00
PETUA KESIHATAN
MERAWAT DEMAM CAMPAK
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan diletakkan sedikit beras hingga lumat. Jika ia terlalu kering tambahkan sedikit air. Kemudian sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan
PULIHKAN KULIT MELECUR
Hiris ubi kentang nipis nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala .
LEMAH RASA BADAN
Ambil daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampurkan dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Selepas diminum anda akan merasai kesegaran tubuh badan semula.
DEMAM SELSEMA
Ambil beberapa...
Posted by EAMP1A on 13:40
MENGEKALKAN KESEGARAN AYAM
Setelah pulang dari pasar, janganlah kita membiarkan ayam yang dibeli tadi terperap lama di dalam bekas plastik kerana ianya menjadikan ayam tadi cepat busuk. maka langkah pertama, basuh ayam tadi dan perapkan ayam tadi ke dalam tepung gandum buat seketika, selepas itu cucinya semula untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk.
MERANGUPKAN AYAM GORENG
Selalunya ayam yang telah digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng tadi, tambahkan sebiji telur ayam ke dalam gaulan bersama garam dan kunyit. Setelah itu goreng ayam itu seperti biasa.
MENGENAK DAN MEWANGIKAN IKAN KUKUS
Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan air limau nipis terlebih dahulu selama satu jam. Racikkan halia dan sumbatkan...
Posted by EAMP1A on 13:05
ELAK JAG KACA PECAH SEMASA MEMBANCUH AIR PANAS
Menghidangkan air minuman di dalam jag kaca akan menaikkan selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan dimasukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang panas tadi telah diserap dan mengalir ke dalam sudu logam tadi dan bukannya ke dinding jag sepenuhnya.
MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap untuk dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit tadi, ambillah 2 tangkai lada kering dan masukkanlah ia ke dalam periuk tadi. Panaskan ia selama 2 minit. Segala rasa dan bau hangit tadi akan dihindarkan.
SAYUR TAUGE SEGAR BERPANJANGAN
Sayur tauge biasanya tidah tanan lama dan akan cepat masam apabila disimpan beberapa hari. Untuk mengelakkannya...
Posted by EAMP1A on 12:17
PETUA DI DAPUR
MENGHILANGKAN PAHIT PERIA
Sayur peria sememangnya pahit. Untuk menghilangkan rasa pahitnya, potong peria dan rendamkannya ke dalam air yang berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, barulah masakkan peria tadi. Insyaallah rasa pahit akan berkurang.
MENGHILANGKAN BAU DI DALAM PETI SEJUK
Ambil beberapa helai daun pandan, simpankan ia di dalam peti sejuk sehingga ia kelihatan kecut selama beberapa hari. Ulangi langkah ini sehingga peti sejuk anda mempunyai bau wangi pandan dan menyahkan bau yang kurang senang sebelum ini.
MENGHILANGKAN BAU HANYIR IKAN, KAMBING, AYAM DAN DAGING
Sebelum kita membasuh bahan bahan tadi, didahulukannya dengan digauli dengan menggunakan tepung gandum. Biarkan selama 10 minit. Kemudian dibilas dengan air hingga bersih. Bau yang kurang menyenangkan...
Posted by EAMP1A on 06:00
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam. SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA... ....JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT: Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat. Selepas berjimak. Selepas makan atau sebelumnya. Ketika sedang makan. Selepas memakan buah-buahan. Selepas keluar dari bilik mandi. Ketika terjaga dari tidur. CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00... ...atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.Bangkitlah di awal separuh kedua malam...