Pages

translate

Friday 24 February 2012

PETUA KESIHATAN

MERAWAT DEMAM CAMPAK
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan diletakkan sedikit beras hingga lumat. Jika ia terlalu kering tambahkan sedikit air. Kemudian sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan


PULIHKAN KULIT MELECUR
Hiris ubi kentang nipis nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala .


LEMAH RASA BADAN
Ambil daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampurkan dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Selepas diminum anda akan merasai kesegaran tubuh badan semula.


DEMAM SELSEMA
Ambil beberapa helai daun bunga raya putih atau biasa dan ramaskannya di dalam semangkuk air. Baringkan anak anda, dan sapukan air ramasan tadi membasahi dahi dan umbun umbunnya. Sapukan sehingga anak anda kembali selesa.


BENGKAK KAKI SEWAKTU HAMIL
Campurkan jadam dengan sedikit air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukan di kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawatlah 3 kali. Sapukansebelum waktu tidur.

0 comments:

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More