Pages

translate

Friday 24 February 2012

PETUA DI DAPUR

MENGHILANGKAN PAHIT PERIA
Sayur peria sememangnya pahit. Untuk menghilangkan rasa pahitnya, potong peria dan rendamkannya ke dalam air yang berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, barulah masakkan peria tadi. Insyaallah rasa pahit akan berkurang.


MENGHILANGKAN BAU DI DALAM PETI SEJUK
Ambil beberapa helai daun pandan, simpankan ia di dalam peti sejuk sehingga ia kelihatan kecut selama beberapa hari. Ulangi langkah ini sehingga peti sejuk anda mempunyai bau wangi pandan dan menyahkan bau yang kurang senang sebelum ini.


MENGHILANGKAN BAU HANYIR IKAN, KAMBING, AYAM DAN DAGING
Sebelum kita membasuh bahan bahan tadi, didahulukannya dengan digauli dengan menggunakan tepung gandum. Biarkan selama 10 minit. Kemudian dibilas dengan air hingga bersih. Bau yang kurang menyenangkan dari produk daging tadi dapat dikurangkan untuk menghasilkan rasa daging yang enak.


MEMPERCEPATKAN AIR MENDIDIH
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu yang mana ianya akan segera berangkat pulang dan anda mempunyai masa yang terhad untuk memasak air dan membancuh air. Jika anda dalam situasi demikian, usahlan cepat panik. Terus ke dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan. Untuk mempercepatkan lagi mendidih, masukkan beberapa sudu gula mengikut keperluan air tadi. Ini kerana air yang bercampur gula akan cepat mendidih berbanding air biasa. Disamping itu anda juga lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tadi tampa perlu dimasukkan gula lagi.


DAGING MUDAH EMPUK
Untuk mendapatkan rasa daging yang sedap dan mudah empuk dan menjimatkan masa dan gas, anda hanya perlu memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan anda. Ini kerana daun nangka akan bertindakbalas untuk mempercepatkan lagi daging untuk empuk.


ELAKKAN SEMUT DARI MEMASUKI BEKAS GULA
Untuk mengelakkan semut daripada memasuki bekas gula, masukkan 3 atau 4 biji bunga cengkih ke dalam bekas gula. Ini kerana aroma dari bunga cengkih tadi memberikan impak untuk semut tidak datang. Seelain itu , gula ianya memberi keharuman pada gula tersebut.


0 comments:

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More