Pages

translate

Friday 24 February 2012

petua kesiahatan dalaman

 
  1. SUARA SERAK* Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulutbeberapa kali atau * Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya laluditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnyadan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau *Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itucampurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam petisejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak ituhilang.
 2 . BATUK/LELAH/SEMPUT* Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambilairnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau * Ambildaun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hinggakering, buatkan daun dan dihisap atau * minumlah rebusan akar pokokmelor atau * Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatangserai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini bolehmencairkan lendir atau untuk batuk berlendir * Panaskan limau nipis diatas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatasbelahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersamahampasnya atau untuk batuk berkahak * Campurkan sebiji telur ayamkampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelasair mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.
 3 . SAKIT GIGI*Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau * Ambilpucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau * Tumbukkan daunserai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat dan tambah sedikitgaram. Air serai ini hendaklah diguna berkumur atau * Ambil sedikitsekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit itu hingga lumat.
4 . BENGKAK GUSI* Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat, sesudahdingin minumlah airnya atau * Ambil umbut nenas, hancurkan setelah itucampurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi anda yang adakesan bengkak. Biarkan sehingga kering.
5 . GUSI BERDARAH1. Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk berisiair, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dansetelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukuprasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam mulut dan biarkan selama 3minit, lalu berkumur-kumur atau2. Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit garamatau3. Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka itulama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya, ambil 15 helaidaun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan rebusan itu.Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun sirih itu.

0 comments:

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More