Pages

translate

Friday 24 February 2012

ELAK JAG KACA PECAH SEMASA MEMBANCUH AIR PANAS
Menghidangkan air minuman di dalam jag kaca akan menaikkan selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan dimasukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang panas tadi telah diserap dan mengalir ke dalam sudu logam tadi dan bukannya ke dinding jag sepenuhnya.


MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap untuk dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit tadi, ambillah 2 tangkai lada kering dan masukkanlah ia ke dalam periuk tadi. Panaskan ia selama 2 minit. Segala rasa dan bau hangit tadi akan dihindarkan.


SAYUR TAUGE SEGAR BERPANJANGAN
Sayur tauge biasanya tidah tanan lama dan akan cepat masam apabila disimpan beberapa hari. Untuk mengelakkannya dari jadi begitu, masukkan tauge yang baru dibeli ke dalam air yang dicampur dengan sedikit garam kemudian disimpan kedalam peti sejuk. Maka sayur tauge anda akan tahan lebih sedikit daripada biasa mengurangkan risiko kerugian.


ELAKKAN SAYUR KELADI GATAL BILA DIMAKAN
Sayur keladi yang telah dipotong mestilah dibersihkan terlebih dahulu. Langkah seterusnya, panaskan air di periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam periuk tadi. Kemudiannya, masukkan keladi tadi buat seketika dan kemudian toskannya. Dengan izinNya, keladi tadi tidak lagi gatal apabila dimakan.


MELEMBUTKAN CUCUR
Semua orang pastinya ingin menikmati rasa cucur yang lembut selepas dimasak walaupun selepas ianya sejuk. Petua yang patut dilakukan semasa proses menguli tepung tadi ialah bancuhkan adunan tepung cucur dengan menggunakan air suam. Kemudian gorenglah seperti biasa. Pastinya cucur anda pasti sedap dan senang dikunyah.


MELAMBATKAN NASI MENJADI BASI
Biasanya nasi yang kita masak akan mudah basi akibat daripada proses pemeluwapan yang banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut menjadi cepat basi, selepas disukat kandungan air untuk dimasak, maka dimasukkan secubit garam ke dalam bekas masakan tadi. Hasilnya nasi tadai akan tahan untuk seharian masa.


HILANGKAN RASA PIJAR PADA TANGAN
Semasa memasak menggunakan cili, tangan kita akan terasa pedas/pijar. Untuk menghilangkan rasa yang tidak menyenangkan itu, bolehlah kita mengosokkan jari jemari kita menggunakan garam masakan. Ulanginya selama 2 -3 minit dan basuhkan ia dengan air. Rasa pedas/pijar tadi akan terus berkurangan.


MENYEDAPKAN LAGI SAMBAL SOTONG
Adalah lebih elok lagi jika sotong yang ingin kita buat sambal itu, kita celur di dalam air yang mengelegak selama 3 minit dan apabila dicampurkan dengan sambal tumisan, jangan lah dimasak terlalu lama, kerana sotong tadi sudah cukup masak dengan dicelur tadi dan menghasilkan sambal sotong yang  tidak banyak berkuah.

0 comments:

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More