Pages

translate

Friday 24 February 2012

MENGEKALKAN KESEGARAN AYAM
Setelah pulang dari pasar, janganlah kita membiarkan ayam yang dibeli tadi terperap lama di dalam bekas plastik kerana ianya menjadikan ayam tadi cepat busuk. maka langkah pertama, basuh ayam tadi dan perapkan ayam tadi ke dalam tepung gandum buat seketika, selepas itu cucinya semula untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk.


MERANGUPKAN AYAM GORENG
Selalunya ayam yang telah digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng tadi, tambahkan sebiji telur ayam ke dalam gaulan bersama garam dan kunyit. Setelah itu goreng ayam itu seperti biasa.


MENGENAK DAN MEWANGIKAN IKAN KUKUS
Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan air limau nipis terlebih dahulu selama satu jam. Racikkan halia dan sumbatkan di penutup ingsang ikan tersebut. Setelah itu kukuskan ia mengikut resepi anda sendiri. Hasilnya ikan kukus anda akan lagi enak dan lebih beraroma.


MENGELAKKAN MINYAK MASAK BERBAU TENGIK
Minyak masak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya letakkan serai setangkai dua di dalam botol tadi. Kemudian ia boleh digunakan semula untuk mengoreng seterusnya.


SUDU YANG BERKARAT
Ambil sedikit cuka/ garam dan air paip. Kemudian campurkan bahan bahan tadi dan rendam semalaman. Anda pasti teruja dengan hasilnya.


MENGHILANGKAN BAU CILI SEMASA MEMASAK
Semasa mamasak cili, bau cili amat menyusuk hidung dan boleh memedih kan mata kita. Untuk mengatasi masalah ini dan mengurangkan baunya, masukkan sehelai atau dua daun kari ke dalam masakan anda. Tindakbalsanya serta merta selepas anda memasukkan daun kari tadi.


ELAKKAN TAUHU MELEKAT KETIKA MENGGORENG
Cara untuk menjadikan tauhu kita tidak melekat dan hancur ketika menggoreng ialah dengan menaburkan sedikit garam di permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya tauhu itu tidak mudah melekat ketika digoreng.


HILANGKAN BAU BOTOL ATAU BALANG
Setelah botol atau balang kita siap dicuci keringkan ia. Kemudian ambil kayu arang yang telah dibersihkan dan simpankan ia ke dalam bekas kita tadi dan tutupkan ia selama lebih kurang 2 jam. Apabila bau benar benar hilang, keluarkan arang tadi lalu dilap bekas kita tadi.


CILI TERMASUK MATA
Jika kita menumbuk sambal dan cili termasuk dalam mata kanan, maka kita jirus dengan air ibu kaki sebelah kiri. Maka jika terkena sebelah kiri, jiruskan ia di sebelah kanan.

0 comments:

Share & Enjoy

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More