Posted by EAMP1A on 20:44
MEMERAHKAN BIBIR
Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
MENGEMBALIKAN SERI MUKA SELEPAS BERSALIN
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
MENGHILANGKAN LEBAM MATA
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
MENAIKKAN SERI MUKA
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.
MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan...
Posted by EAMP1A on 20:43
MENYERIKAN WAJAH
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda.
MENEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering...
Posted by EAMP1A on 20:06
1. SUARA SERAK* Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulutbeberapa kali atau * Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya laluditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnyadan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau *Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itucampurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam petisejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak ituhilang. 2 . BATUK/LELAH/SEMPUT* Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambilairnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau * Ambildaun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau...
Posted by EAMP1A on 20:03
Petua Kesihatan
SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR/MEMPERCEPATKAN/LENA* Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembuasli atau * Makanlah bawang besar berserta yogurt putih, ianyamempercepatkan lena. 2 . MENURUNKAN DARAH TINGGI* Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau * Minumlahair rebusan daun Pokok Ati-ati atau * Makanlah biji buah Peria atau *Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau * Minumlah air rebusan PokokDukung Anak atau * Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dantaugeh hendaklah sama nisbahnya atau * Rebus daun pandan wangisecukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelassahaja. Minum setiap pagi dan petang atau * Makanlah 3 ulas bawang putihmentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau * Parutkan...
Posted by EAMP1A on 17:00
PETUA KESIHATAN
MERAWAT DEMAM CAMPAK
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan diletakkan sedikit beras hingga lumat. Jika ia terlalu kering tambahkan sedikit air. Kemudian sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan
PULIHKAN KULIT MELECUR
Hiris ubi kentang nipis nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala .
LEMAH RASA BADAN
Ambil daun pegaga dan campurkan dengan air suam. Setelah direndam beberapa ketika, perahkan daun pegaga itu. Air perahannya itu hendaklah dicampurkan dengan kuning telur ayam kampung dan sedikit madu. Selepas diminum anda akan merasai kesegaran tubuh badan semula.
DEMAM SELSEMA
Ambil beberapa...
Posted by EAMP1A on 13:40
MENGEKALKAN KESEGARAN AYAM
Setelah pulang dari pasar, janganlah kita membiarkan ayam yang dibeli tadi terperap lama di dalam bekas plastik kerana ianya menjadikan ayam tadi cepat busuk. maka langkah pertama, basuh ayam tadi dan perapkan ayam tadi ke dalam tepung gandum buat seketika, selepas itu cucinya semula untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk.
MERANGUPKAN AYAM GORENG
Selalunya ayam yang telah digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng tadi, tambahkan sebiji telur ayam ke dalam gaulan bersama garam dan kunyit. Setelah itu goreng ayam itu seperti biasa.
MENGENAK DAN MEWANGIKAN IKAN KUKUS
Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan air limau nipis terlebih dahulu selama satu jam. Racikkan halia dan sumbatkan...
Posted by EAMP1A on 13:05
ELAK JAG KACA PECAH SEMASA MEMBANCUH AIR PANAS
Menghidangkan air minuman di dalam jag kaca akan menaikkan selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan dimasukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang panas tadi telah diserap dan mengalir ke dalam sudu logam tadi dan bukannya ke dinding jag sepenuhnya.
MENGHILANGKAN BAU HANGIT NASI
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap untuk dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit tadi, ambillah 2 tangkai lada kering dan masukkanlah ia ke dalam periuk tadi. Panaskan ia selama 2 minit. Segala rasa dan bau hangit tadi akan dihindarkan.
SAYUR TAUGE SEGAR BERPANJANGAN
Sayur tauge biasanya tidah tanan lama dan akan cepat masam apabila disimpan beberapa hari. Untuk mengelakkannya...
Posted by EAMP1A on 12:17
PETUA DI DAPUR
MENGHILANGKAN PAHIT PERIA
Sayur peria sememangnya pahit. Untuk menghilangkan rasa pahitnya, potong peria dan rendamkannya ke dalam air yang berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, barulah masakkan peria tadi. Insyaallah rasa pahit akan berkurang.
MENGHILANGKAN BAU DI DALAM PETI SEJUK
Ambil beberapa helai daun pandan, simpankan ia di dalam peti sejuk sehingga ia kelihatan kecut selama beberapa hari. Ulangi langkah ini sehingga peti sejuk anda mempunyai bau wangi pandan dan menyahkan bau yang kurang senang sebelum ini.
MENGHILANGKAN BAU HANYIR IKAN, KAMBING, AYAM DAN DAGING
Sebelum kita membasuh bahan bahan tadi, didahulukannya dengan digauli dengan menggunakan tepung gandum. Biarkan selama 10 minit. Kemudian dibilas dengan air hingga bersih. Bau yang kurang menyenangkan...
Posted by EAMP1A on 06:00
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam. SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA... ....JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT: Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat. Selepas berjimak. Selepas makan atau sebelumnya. Ketika sedang makan. Selepas memakan buah-buahan. Selepas keluar dari bilik mandi. Ketika terjaga dari tidur. CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00... ...atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.Bangkitlah di awal separuh kedua malam...
Posted by EAMP1A on 05:56
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan sepertimembuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya 1jamsebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresapkedalam badan dapat mengurangkan penimbunan lemak. Kitaboleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan merekatak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insya Allahdijauhkan dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang kurangnya 1minit setelahmembaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepalaatau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yangmembuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.Ahli-ahli sains juga telah menemui beberapa milimeter ruangudara dalam saluran darah di kepala yg tidak...
Posted by EAMP1A on 05:52
PETUA AMALAN PEMAKANAN MENGIKUT SUNNAH
1. JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kitamakan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Halinilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antaralain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,keracunan makanan dan lain lain penyakit. Apabila andatelah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yglainnya.
Jangan makan SUSU bersama DAGINGJangan makan DAGING bersama IKANJangan makan IKAN bersama SUSUJangan makan AYAM bersama SUSUJangan makan IKAN bersama TELURJangan makan IKAN bersama DAUN SALADJangan makan SUSU bersama CUKAJangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL
2. CARA MAKAN
A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYAMAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH...
Posted by EAMP1A on 05:31
Tahu kemahiran mengingat:
tampal nota-nota penting di dinding
tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
gunakan kaedah akronim
reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
Cekap mengatur jadual belajar:
mempunyai jadual belajar
patuh kepada jadual
buat jadual yang boleh diikuti
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa...
Posted by EAMP1A on 05:29
Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
Tahu petua mengulang kaji
cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
duduk tegak dikerusi...
Posted by EAMP1A on 20:03
PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR. FADZILAH KAMSAH
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
kita ingat 10 % apayang dibaca
kita ingat 20% apa yang didengar
kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
kita ingat 90% setelah dipraktikkan
Dari segi praktikalnya , aplikasikan cara dan kaedah dibawah seperti yang disarankan oleh beliau
Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
Belajar dalam persekitaran kondusif.
pastikan...
Posted by EAMP1A on 19:58
Kulit yang terdedah pada cahaya matahari dan debu dapat membuat kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya. Perawatan lulur dengan menggunakan serbuk kopi dipercayai dapat mengembalikan kecerahan kulit tubuh anda. Biji kopi yang telah dijadikan serbuk akan menghasilkan minyak antioksidan yang bersifat menghaluskan, dan menjadikan kulit kelihatan menjadi lebih cerah.
Tumbuk sedikit biji kopi untuk menjadikannya separuh halus, kemudian tambahkan minyak zaitun dan tepung bengkuang sehingga ianya sebati. Sapukan lulur kopi ini sambil digosokkan secara perlahan lahan. Biarkan ianya mesra selama 1 jam agar minyak yang terkandung pada kopi tadi meresap di kulit tubuh anda. Setelah selesai dalam jangka waktu 1 jam, bilas dengan menggunakan air garam sehingga bersih. Cuba ulanginya seminggu sekali sehingga...